They say life is full of adventures. I'd say life is full of wonder and beauty. Sometimes we forget to cherish the wondeful things in life. Sometimes we must maintain a small degree of naiveness to see things in a somewhat magical world. This is my way of seeing things.
Wednesday, February 25, 2015
PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P. I.P.I)
HIMPUNAN MUZAKARAH BERSAMA (USTAZ HJ KAMIL )
Jumaat , 30 Rabiulakhir 1436H.
TERIMA KASIH ORANG CHINA! Pak Ya membela itik dan angsa, Pak Ya membela di dalam kolam, Kita mulia bukan kerana bangsa, Kita mulia kerana Islam. Ustaz ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada masyarakat keturunan China khususnya yang beragama Islam. Kepada yang 'belum beragama Islam' renung-renungilah tazkirah kali ini.
CERAH-CERAHKAN: Banyak hujah yang menyokong pendapat atau teori Islam datang ke Tanah Melayu dari China dan bukan dari pedagang Arab :
1. Wujud hubungan perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton China terlebih dahulu sebelum berlaku urusniaga di Pelabuhan Perdagangan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Sejak abad kesembilan Masihi lagi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.
3. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di Tanah Besar China.
4. Lalu, Peniaga China Islam inilah yang menyebarkan Islam kepada masyarakat Melayu di Asia Tenggara semasa berdagang di sana.
Ada pendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut:
1- Berlaku perpindahan ke Asia Tenggara.
2- Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
3- Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu mengukuhkan lagi pendapat tersebut. Batu bersurat ini bertulisan Jawi dan bertarikh hari Jumaat 4 haribulan Rejab, 702H bersamaan dengan 22 Februari, tahun 1303M. Membuktikan bahawa telah wujud sebuah kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan.
4- Sejarah Dinasti Shung (960- 1279 T.M) membuat catatan tentang kemasukan Islam di persisir Pantai Timur sejak tahun 977M. Batu Bersurat ini menyamai batu nisan di Champa Selatan. Penemuan ini mengukuhkan hujah S.Q. Fatimi mengenai teori kedatangan Islam adalah melalui China mulai tahun 878M.
5- Sewaktu pemerintahan Hsi Tsung (878-879M), berlaku pemberontakan di Canton diantara penduduk tempatan dengan luar terutamanya masyarakat Islam Arab dan mengorbankan lebih 10,000 nyawa orang luar.
Hal ini menyebabkan ramai pedagang Islam melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China:
1. Penemuan batu nisan pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan Al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
2. Penemuan ini jelas menunjukkan bahwa sebelum abad ke-13 lagi, Islam telah sampai ke kawasan pantai timur Tanah Melayu dan dibawa oleh Pendakwah China Islam melalui Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo-China dan ke Pekan, Pahang.
3. Persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina pada kebanyakan masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Pulau Jawa dan di Melaka terutamanya didapati mempunyai pengaruh seni bina China yang kuat. Contoh, bentuk bumbung masjid-masjid di Melaka mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (Pagoda), iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.
4. Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.
CHECKLIST :
1) Banyak hujah yang menyokong pendapat atau teori Islam datang ke Tanah Melayu dari China.
2) Antara bukti ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan Al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
3) Bentuk bumbung masjid-masjid di Melaka mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China.
SIMPUL-SIMPULKAN: Segala fakta di atas mengajak kita semua untuk merenungi betapa hebatnya Islam yang telah tersebar terlebih dahulu di Negara China sebelum sampai ke negara kita. Tidak hairanlah sekiranya jumlah penganut Agama Islam di Negara China dianggarkan 60 juta orang ramainya. Cuma yang ironinya ialah ada orang Islam di negara kita yang merasakan Agama Islam hak eksklusif untuk orang Melayu sahaja. Malah bukan sedikit yang menganggap orang China Muslim atau Mualaf China sebagai orang Islam second class! Wallahu a'lam -
Kalau kita ziarah ke daerah-daerah ramai masyarakat Islam di Negara China seperti di Peking, Beijing dan sebagainya rasanya kita akan kelihatan seperti Mualaf Melayu pula sebab mereka terlebih dahulu Islamnya daripada kita. Hehehe... fahami pantun di atas !7:26 AM Sis Kaiyisah Tazkirah harini sy ambil dari catatan dr abdul basit: BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu. Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan2 lain. "Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...." "Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...." "Barangsiapa yg memperingatkan bulan rejab..." Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu). Sebarkanlah penjelasan tentangnya.
Kesimpulan : Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka." (Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
والله اعلم . (AAM, Madinah 29 Zulhijjah 1434H)
Subscribe to:
Posts (Atom)